MILO® Aktif Negaraku ialah misi membudayakan gaya hidup aktif yang diterajui oleh MILO® selari dengan matlamat untuk menjadikan rakyat Malaysia aktif dan sihat dengan tenaga yang berkhasiat dan memberikan inspirasi untuk maju bersama sukan. Selama lebih 60 tahun, MILO® menyokong sepenuhnya pembabitan rakyat dalam sukan kerana kami percaya gaya hidup aktif dapat meningkatkan kesejahteraan dan perkembangan fizikal, terutamanya apabila bimbingan dimulakan pada usia muda. Malah, kami juga percaya bahawa sukan merupakan guru terbaik yang dapat memupuk nilai-nilai positif ke arah mencorak kehidupan yang lebih baik.
GENERASI AKTIF
Mereka memilih gaya hidup aktif untuk melangkah lebih jauh. Ikuti kisah penuh inspirasi mereka.