Komitmen Tertinggi terhadap Sukan Tempatan: MILO® Memperkasakan SUKMA XXI dengan Sokongan Padu
“Sokongan MILO® terhadap SUKMA XXI mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memupukkan juara masa depan dan membentukkan komuniti yang lebih sihat dan aktif. Kami bertuah untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan SUKMA XXI ke arah pencapaian sukan yang lebih besar untuk Malaysia dan memainkan peranan dalam meningkatkan taraf sukan di negara kita.”
— Ketua Pemasaran Sukan MILO®, Lim Kerwin
Sukan Pemacu Kecemerlangan
Masa Depan
MILO® sentiasa memberikan sokongan terhadap industri sukan yang bermula daripada akar umbi ke padang gelenggang dan sehingga ke pentas dunia. Sehingga kini, MILO® telah membangkitkan semangat kejuaraan untuk 6 juta kanak-kanak melalui program-program sukan MILO®. Terapkan nilai-nilai sukan untuk membantu si Juara mengejar kejayaan masa depannya melalui program-program MILO® hari ini.
Juara MILO®
Kenali Bintang Sukan Kami
BERTRAND RHODICT LISES:
ATLET TERJUN MALAYSIA YANG LAYAK KE OLIMPIK 2024
Di dalam dunia sukan terjun yang penuh dengan arus dan ombak yang mencabar, Bertrand Rhodict Lises berdiri sebagai simbol kecekalan, keazaman dan kesungguhan.
Rhodict mula berjinak dalam sukan terjun pada acara Kejohanan Terjun Kebangsaan Ke-55 yang ditaja oleh MILO®. Di situ, hati beliau tergerak untuk mencuba sukan terjun.
Sebagai salah satu atlet yang berpotensi tinggi dalam kategori sukan terjun, Rhodict cekal berusaha penuh gigih dan yakin pada detik yang membentuk seorang juara – di mana setiap kejayaan dan kegagalan memainkan peranan penting dalam memacu semangatnya untuk terus mencapai kecemerlangan. Rhodict percaya pada "Detik Mencetuskan Kejuaraan" yang mendorongnya merebut setiap peluang untuk memperbaiki diri demi kecemerlangan
Ayuh berikan sokongan kepada Rhodict pada setiap detik kejuaraan yang kian datang!
SIVASANGARI SUBRAMANIAM:
BINTANG HEBAT DALAM DUNIA SKUASY
Sivasangari Subramaniam, seorang atlet skuasy Malaysia yang semakin bersinar, telah menunjukkan potensi luar biasa dan dedikasi yang tiada tandingan melalui nilai-nilai sukan seperti kecekalan, keazaman, dan kesungguhan.
Sivasangari mula bermain skuasy pada umur 8 tahun, dan kerana hasil usaha yang diterapkan sejak kecil, beliau telah dicalonkan sebagai Olahragawati Harapan pada kejohanan MSSM yang disokong oleh MILO® pada tahun 2011.
Beliau percaya bahawa setiap saat di dalam dan di luar gelanggang adalah peluang untuk berkembang. Prinsip "Detik Mencetuskan Kejuaraan" membakar semangatnya bagi memanfaatkan setiap peluang untuk melangkah lebih jauh.
Ikuti perkembangan Sivasangari Subramaniam dalam usahanya untuk menjadi yang terhebat dalam dunia sukan skuasy. Mari kita berikan semangat kepada Sivasangari untuk terus menjadi yang terhebat pada kejohanan seterusnya!
MULAKAN DETIK SI JUARA SEKARANG
Program sukan MILO® memupuk pelbagai nilai sukan untuk membina keperibadian demi kejayaan masa depan.
PROGRAM SUKAN YANG DISOKONG OLEH
MILO® UNTUK SI JUARA ANDA
MILO® Champions Clinic
MILO® Champions Clinic ditubuhkan bagi memberi peluang kepada Si Juara untuk mempelajari pelbagai jenis sukan dan skil.
DICIPTA UNTUK SI JUARA BERUMUR 16 TAHUN DAN KE BAWAH
- Dibimbing oleh jurulatih yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara
- Hanya RM 35 untuk 2 sesi pertama
- Melatih kemahiran motor dan pemikiran kritikal
MILO® Hidup Bola
MILO® Hidup Bola mengalu-alukan generasi bintang futsal akan datang menerusi inisiatif penuh mencabar lagi hebat!
DICIPTA UNTUK SI JUARA BERUMUR 16 TAHUN DAN KE BAWAH
- Bersaing antara 32 pasukan lain
- Melatih nilai bekerjasama
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)-MILO®
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) berperanan dalam melatih kebolehan dan potensi para atlet muda dalam dunia sukan.
DICIPTA UNTUK SI JUARA BERUMUR 16 TAHUN DAN KE BAWAH
- Lihat senarai bekas pelajar atlet daripada Anugerah MOE-MSSM-MILO