Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Izzah Amzan

Izzah Amzan

Kekal Aktif Utamakan Pelajaran & Sukan

Antara pelajaran dan sukan, Izzah Amzan cuba seimbangkan walaupun jadual hariannya yang padat. Cabaran yang menguatkannya untuk jadi lebih berjaya!
 

5 Inspirasi Daripada Izzah Amzan

Membentuk peribadi diri.

“Sukan gimrama membantu saya untuk menjadi atlet yang berani dan berdisiplin. Bila sifat ini ada pada diri, prestasi pun akan terus cemerlang.”

Tetap bersemangat juara.

Aksi-aksi gimrama sememangnya mencabar tapi Izzah tidak pernah berputus asa. Semangat Izzah yang tinggi menguatkan usaha untuk kejar impian.
 

Izzah Amzan determination

Kecekalan Izzah Amzan menghargai sokongan keluarga

“Dorongan keluarga memberi saya keyakinan untuk terus berjuang. Tanpa pengorbanan dan sokongan mereka, saya tidak akan sampai ke tahap ini."
 

Izzah Amzan appreciating

Pernhargaan Izzah Amzan tidak sia-siakan peluang

Izzah memang sentiasa sibuk dengan latihan. Namun, dia masih berikan sepenuh tumpuan dalam akademik sehingga berjaya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

Bersukan adalah gaya hidup

“Bila aktif bersukan, kita akan rasa kurang tertekan. Jadi, untuk kekalkan sikap positif, saya juga bermain luncur ais dan boling.”
 

Galeri

gallery1
gallery2
gallery2

Setiap atlet memerlukan kekuatan keseluruhan dan fleksibiliti otot untuk mencapai prestasi sukan yang cemerlang, dan gimnastik adalah sukan yang baik untuk membina kemahiran-kemahiran ini. Ini kerana gimnastik merupakan sukan yang memerlukan kedua-dua kestabilan dan kekuatan badan yang seimbang. Sukan ini dapat melatih badan anda untuk menjadi fleksibel dalam menukar pergerakan sambil dapat menahan badan anda dengan cukup kuat. Sukan seperti angkat berat di gim atau larian panjang di padang sahaja tidak memadai, gimnastik boleh menjadi sukan tambahan untuk membantu atlet berkembang dan menjadi lebih teguh dalam bidang sukan mereka sendiri.

Ikuti perkongsian Izzah Azman dari MILO® Generasi Aktif tentang cara beliau menyesuaikan diri antara waktu belajar dan bersukan.

KEKAL CEKAL UNTUK MENGEJAR IMPIAN ANDA 

Apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda? Ketekunan, komitmen dan sifat cekal yang sejati adalah kunci untuk mendaki tangga kejayaan. Sifat cekal itu ada dalam semangat yang berkobar-kobar dan ketabahan untuk menghadapi sebarang cabaran dalam mengejar cita-cita anda. Dengan MILO® Generasi Aktif, anda boleh dapatkan inspirasi untuk terus membina kekuatan fizikal dan nilai positif yang boleh membawa anda pergi lebih jauh!

Jalan menuju kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan kecekalan yang sejati, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat. Seperti ikon-ikon MILO® Generasi Aktif, mereka mempunyai kesihatan fizikal dan minda yang positif untuk mendorong mereka melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Kita pasti akan menghadapi stres dan tekanan apabila menempuhi sebarang rintangan. Oleh itu, keperibadian yang positif boleh membantu kita menangani apa-apa tekanan dengan lebih baik. Jadi, apakah cara-cara untuk kita membina keperibadian yang positif ini? Jawapannya adalah dengan kekal aktif melalui bersukan, sama seperti yang dipraktikkan oleh ikon dalam MILO® Generasi Aktif. Aktiviti sukan dapat melatih kita untuk menjadi tangkas dan fleksibel secara fizikal, sekali gus dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti bekerjasama dan mengatur strategi.

KEBERANIAN
Pupuk keberanian dalam diri anda dengan menjadi individu yang tidak gentar dalam mengambil risiko bagi mencuba sesuatu yang baru

BERCITA-CITA TINGGI
Pastikan anda mempunyai impian yang besar. Terus bersungguh-sungguh dan komited dalam memastikan segala impian anda menjadi kenyataan.

KEGIGIHAN
Pastikan anda mempunyai keinginan untuk terus berusaha tanpa berfikir untuk berputus asa dalam mencapai matlamat anda — dapatkan inspirasi daripada MILO® Generasi Aktif sekarang.

KERAJINAN
Apabila keadaan menjadi sukar, perkara yang sukar itu juga akan beransur pergi. Jadi, kekalkan ketabahan anda dalam setiap rintangan dalam usaha menggapai impian.

KEKUATAN
Pastikan anda mempunyai perancangan yang jelas dan praktikal untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi mencapai matlamat jangka panjang.

KECEMERLANGAN
Kecemerlangan bukanlah terletak pada mengejar kesempurnaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah langkah dalam melakukan usaha yang konsisten demi mencapai kejayaan hari demi hari dalam mana-mana bidang, sama seperti ikon kami dalam MILO® Generasi Aktif.