Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Nabil Ifwat

nabil ifwat

Sukan ekstrem cabarnya untuk jadi terbaik.

Sentiasa amalkan gaya hidup aktif menjadikan Kyo @ Nabil Ifwat lebih berani untuk terokai kemampuan diri. Sukan Parkour banyak membentuk jati dirinya untuk jadi yang terbaik!
 

5 Inspirasi Daripada Nabil Ifwat

Parkour membuka minda untuk menjadi lebih kreatif.

“Setiap halangan dalam latihan parkour memang menguji minda. Nak atasi cabaran tu bukannya mudah, tapi ia melatih saya untuk berfikir secara kreatif”.
 

image3

Keyakinan memimpin membuka banyak peluang

Mengetuai komuniti parkour banyak membantu Nabil membina keyakinan diri. Sekarang, kelebihan itu digunakan untuk memimpin syarikatnya sendiri.
 

image1
image2

Lebih berani bila beraksi dengan kawan-kawan

“Sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Jadi, berlatihlah dengan kawan-kawan sebab mereka yang akan mendorong kita untuk menjadi lebih berani.”

Tidak mudah putus asa

Pandangan negatif orang ramai tidak pernah mematahkan semangat Nabil. Sebaliknya, ia menguatkan lagi keinginannya untuk terus menceburi parkour.

Menggunakan YouTube untuk berkongsi

“Saya akan terus kongsikan video parkour di Youtube. Semoga inisiatif ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mulakan gaya hidup aktif.”

Galeri

gallery2
gallery1
gallery3

PARKOUR BUKAN SEKADAR AKSI BERBAHAYA 

Tidak ada dinding yang terlalu tinggi dan tidak ada tebing yang terlalu sempit untuk menghalang penggiat parkour dalam meneruskan aktiviti kegemaran mereka. Dengan ketangkasan dan fleksibiliti, mereka akan mengatasi tiap halangan dengan mudah sekali.

Parkour adalah satu sukan yang mencabar yang menggabungkan pelbagai bentuk pergerakan seperti memanjat, melompat dan berlari. Fokus parkour adalah kekuatan badan, kelancaran dan kawalan pergerakan anda di sepanjang laluan.

Parkour adalah senaman seluruh badan yang mencabar, menggabungkan elemen daripada pelbagai jenis sukan seperti berlari dan memanjat. Sukan ini amat mencabar kerana ia memerlukan kekuatan serta stamina, keseimbangan, dan koordinasi untuk melompat dan melepasi halangan pada tebing. Anda perlu ada kekuatan, ketahanan dan ketangkasan untuk terus bergerak dan melepasi semua halangan di sepanjang laluan anda. Selain itu, parkour juga dapat meningkatkan daya koordinasi, kemahiran berfikir strategik dan tumpuan anda kerana anda perlu fokus pada setiap halangan di hadapan serta memahami ketinggian dan jarak mereka.

Ikuti apa yang Nabil Ifwat dari MILO® Generasi Aktif kongsikan tentang pengalamannya sebagai penggiat parkour! Beliau juga seorang YouTuber yang aktif berkongsi pengalaman parkournya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam menjalani gaya hidup yang lebih aktif, sekali gus memupuk nilai MILO® Generasi Aktif untuk kekal aktif buat para penontonnya.

KEKAL CEKAL UNTUK MENGEJAR IMPIAN ANDA

Apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda? Ketekunan, komitmen dan sifat cekal yang sejati adalah kunci untuk mendaki tangga kejayaan. Sifat cekal itu ada dalam semangat yang berkobar-kobar dan ketabahan untuk menghadapi sebarang cabaran dalam mengejar cita-cita anda. Dengan MILO® Generasi Aktif, anda boleh dapatkan inspirasi untuk terus membina kekuatan fizikal dan nilai positif yang boleh membawa anda pergi lebih jauh!

Jalan menuju kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan kecekalan yang sejati, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat. Seperti ikon-ikon MILO® Generasi Aktif, mereka mempunyai kesihatan fizikal dan minda yang positif untuk mendorong mereka melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Kita pasti akan menghadapi stres dan tekanan apabila menempuhi sebarang rintangan. Oleh itu, keperibadian yang positif boleh membantu kita menangani apa-apa tekanan dengan lebih baik. Jadi, apakah cara-cara untuk kita membina keperibadian yang positif ini? Jawapannya adalah dengan kekal aktif melalui bersukan, sama seperti yang dipraktikkan oleh ikon dalam MILO® Generasi Aktif. Aktiviti sukan dapat melatih kita untuk menjadi tangkas dan fleksibel secara fizikal, sekali gus dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti bekerjasama dan mengatur strategi.