Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

milo® CALCIUM PLUZ™


Mudah dan senang dipadankan dengan sebarang hidangan, MILO® CALCIUM PLUZ™ membantu ibu-bapa yang kesuntukan masa dalam memastikan anak mereka mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menghadapi hari mereka. MILO® UHT boleh didapati dalam pek 200ml sekali hidang yang menyenangkan, serta terdapat di semua kedai serbaneka, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar. Lengkapkan anak anda dengan tenaga yang diperlukan seharian dan pek MILO® CALCIUM PLUZ™ untuk mereka ke sekolah! Produk ini dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Maklumat lanjut: https://www.nestle.com.my/our-halal-promise
Nutri Pluz
Nourishing Energy of Milo

Tenaga berkhasiat MILO®

Mempunyai nutrien penting termasuk Vitamin B2 yang membantu dalam pembebasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.

More Calcium

2X Kalsium*

Setara dengan Kalsium dalam satu gelas susu**. Kalsium penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

Vitamin D

2X Vitamin D*

Setara dengan kandungan Vitamin D yang melebihi satu gelas susu**. Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dan Fosforus untuk tulang sihat.

Good Source of Protein

Sumber Protein Yang Baik

Protein membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan, tulang dan organ.

More Milk

Lebih Susu*

*Berbanding dengan MILO® UHT.
**Susu UHT(256g), Energy and Nutrient Composition of Food, Singapore.

FAQ

Kanak-kanak berumur 7-9 tahun memerlukan 1000mg Kalsium dan 15µg Vitamin D, manakala mereka yang berumur 10-12 tahun memerlukan 1300mg Kalsium dan 15µg Vitamin D.*

1 hidangan MILO® CALCIUM PLUZ™ membekalkan 300mg Kalsium dan 4µg Vitamin D. Ini bermakna 1 hidangan MILO® CALCIUM PLUZ™ memenuhi 30% (7-9 tahun) atau 23% (10-12 tahun) keperluan Kalsium serta 26% keperluan Vitamin D kanak-kanak sehari.

*Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) 2017

Kalsium biasa dijumpai dalam produk-produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu.

MILO® CALCIUM PLUZ™ juga merupakan sumber Kalsium yang baik di mana ia mengandungi 300mg Kalsium dalam setiap hidangan (200ml), setara dengan Kalsium di dalam segelas susu!

Kalsium juga boleh didapati dalam pelbagai sumber makanan lain termasuk sayur-sayuran atau bijirin, makanan yang diperkuat dengan Kalsium, ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin dalam tin, tauhu, tempeh dan sebagainya.

Menurut kajian tempatan*, 1 dalam 2 kanak-kanak di Malaysia kekurangan Kalsium & Vitamin D.

*Poh BK et al, 2013

Kalsium dan Vitamin D bekerjasama membentuk tulang dan gigi yang kuat. Kekurangan Kalsium dan Vitamin D akan menyebabkan ketumpatan tulang berkurangan, yang akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

MILO® UHT dan MILO® Calcium Pluz™ keduanya mengandungi kebaikan semulajadi susu, barli malt dan koko. Kedua-duanya kaya dengan vitamin dan mineral, termasuk juga Vitamin B2, yang membantu dalam pembebasan tenaga daripada sumber makanan.

MILO® Calcium Pluz™ mengandungi 2x Kalsium dan Vitamin D berbanding MILO® UHT.