NIKMATI MILO® TANPA RAGU
Masih tertanya-tanya sama ada MILO® yang anda beli tulen atau tidak. Jangan bimbang!
PERBANDINGAN PEK MILO®
Pek Tulen 2017
Pek Tulen 2018
Kepada pelanggan yang dihargai,
Baru-baru ini, terdapat gambar-gambar pek MILO® yang diedarkan di media sosial dan WhatsApp yang kononnya membezakan produk MILO® “tulen” dan “palsu”.
Kami menjamin kedua-dua pek MILO® ini adalah tulen. Mereka adalah pek bungkusan tahun 2017 and tahun 2018. Kami memperbaharui pek bungkusan MILO® dari masa ke semasa. Pek bungkusan MILO® 2018 mempunyai maklumat tambahan seperti Logo Pilihan Sihat dari Kementerian Kesihatan dan logo Nestlé di tepi pek.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Perkhidmatan Pengguna Nestlé di 1800883433.